pengalaman pada 10/03/2012. pada yg sudi membaca.

pengalaman pada 10/03/2012. pada yg sudi membaca.

Pagi2 selepas subuh sudah bertolak dari rumah ke laman memikat, jarak lebih kurang
44.3 km, 51 mins. (Honda wave 125). Sampai di teluk berhenti call kawan, bagi tahu dah sampai, aku dapat jawapan yg menghampakan, dia cakap ada hal tak boleh datang..
Aku yg sememangnya tak tahu tempat tu hanya harapkan dia untuk tunjuk jalan masuk dan kawasan mana boleh main, dia cakap ala ko pegi je terus jumpa traffic light terus n jumpa round the bout terus lagi jumpa simpang 4 belok kanan terus jumpa pondok polis ko masuk n terus masuk kedalam sampai jumpa jln batu merah.
Aku sampai je dlm sawit bunyi AH mmg banyak, msalahnya aku pacak 3 laman semua AH tak masuk, seblm tu kawan aku yg tak boleh dtg tu dah bagi tahu laman sini ada tempat2 je AH masuk laga.
Semasa berehat sambil sparing pikat, datang la pulak AH hampeh betul, yg tak boleh terima kuba kaki pendik pun sampai jugak,, jarak 3 pokok sawit.
Pukul 1:00pm pasang lagi satu laman, AH bunyi macam2 suara ada, suara kampung pun ada.
Itu pun tak nak masuk dekat pikat jugak... pukul 2:00pm aku pun nak balik, lagi satu masalah tak jumpa jalan keluar la pulak, pusing punya pusing dah dekat pukul 4:00pm tak jumpa cari jalan keluar nasib baik ada lori sawit, aku ikut je lori sampai di kawasan tempat tinggal pekeja2 ladang. berenti dat kedai india isi minyak motor, berehat kejap baru lega dah jumpa jalan nak keluar, tuan kedai yang junjuk arah keluar.sampai rumah pukul 5:30pm. AH tak dapat yang dapat sesat.

Ulasan